Program pengambilan ahli RISP Kelab Poni Perak 2012 telah diadakan pada 10 dan 11 Mac 2012. Sesi-sesi yang dijalankan merupakan pendedahan kepada sukatan Kelab Poni Malaysia yang bertujuan memberi pengalaman dalam dunia berkuda. Mereka didedahkan dengan cara menjaga kandang kuda, 'groom' kuda, peralatan yang digunakan untuk menunggang, teknik menunggang yang betul dan sesi memberi makan kuda. Pada hari terakhir program tersebut, hanya sembilan peserta berjaya dipilih menjadi ahli. Program ini telah dijayakan dengan kerjasama Unit Sukan JPN Perak, Kelab Lumba Kuda Perak, pengurus serta jurulatih Kelab Ekuestrian Perak PrTC. Para guru dan ahli senior RISP Kelab Poni Perak juga turut menyumbangkan tenaga sepanjang kursus dijalankan. Penyelaras RISP Malaysia, Dr. Ramadzan bin Abdullah telah sudi meluangkan masa memantau sesi-sesi yang dijalankan.